Online Diary AZU ❤: 2013

Nuffnang Ads

Pain in December

BRAD PEAT 
(23 May 2012 - 25 December 2012)

Hm , aku selalu teringatkan kucing ni . Kenapa ? Kucing aku kot ! Ni kucing first time dari baby dapat dijaga tanpa sakit apa-2 . Abang dia sekor je yang mati . Adik dia hidup . Nama Adik dia Roneyy . Si gemuk yang selalu cari pasal .

Roneyy .

Muka pun adik-adik je si Roneyy ni -..- Well, memang pun . Jantan , tapi menyusukan kucing . Yekss !
Berbalik kepada Brad Peat , dia mati bukan sebab sakit . Tapi kena langgar . Tengok tarikh tu , 10/12/12 . Maknanya 15 hari sebelum dia mati . Ada gambar yang 2 hari sebelum dia mati tapi tu kat laptop kakak . Dia kat U pulak -.- Anyway , dia mati sebab kena langgar . Bukan sebab bapak aku yang selalu sangat terlanggar kucing (tapi tak mati) , tapi orang gila mana ntah bawak kereta lelaju . Perasan kat litar Sepang ke ? Rasa nak bagi tukul kat kepala dia walawehh -.- Cerita dia cenggini ..

Roneyy dan Joyah (mak angkat dorang) main kejar-kejar kat pokok India depan rumah . Brad Peat yang dari tadi terhendap-hendap pergi join sekali . Dorang main lari-lari dari pokok tu , pastu masuk balik dalam rumah . Aku dengan ayah ada kat luar . Tengok dorang main . Pelik . Macam kemaruk sangat tak pernah main je dorang ni . Pastu Joyah lari masuk rumah . Bajet ada yang kejar dia padahal lagi 2 ekor tu tengah amik nafas jap . Ada satu kereta ni , warna putih lalu . Roneyy ni bajet adventurers konon , lalu kat kereta tu . Abang dia kejar dia . Roneyy lepas tapi Brad Peat .. Bumm !! 
Kereta tu jalan lagi pastu berhenti . Aku dengan ayah *......................* Aku tengok dia menggelepar . Joyah pergi kat dia . Bau-bau . Roneyy pulak dah masuk rumah . Aku p kat Brad Peat . Aku tak peduli darah tu . Aku anggap dia hidupp lagi . Boleh selamat lah konon . Aku pegang tangan dia suruh bangun . Dia tercakar sebab menggelepar . Aku tak boleh terima dia macam tu . Hakikatnya berapa saat macam tu , dia mati .. Parah sebab kena kat kepala . Aku masuk rumah bagitau ibu . Bila ingat balik sangat tak boleh blah . Aku bagitau ibu sambil maki2 orang tu .

Aku : Ibu ! Brad Peat mati ! Ada orang bodoh bawak kereta macam **ling mabok ! Bangan* lah . Sia* betul !! Bab* . 

Ibu : Kat mana ? Kenapa ?

Alahai ibu -.-

Aku : Kat depan tu !! Kena langgar la !! 
*mencarut-2 kat orang tu*

Ibu : Haa ibu taknak tengok . Benda-2 macam tu taknak tengok . Tak sampai hati .

Aku keluar balik . Tengok orang tu keluar . Budak muda . India muslim kut . Haa betul la aku kata tadi . **ling . Haha puii ! Dia cakap mintak maaf semua . Budak-budak yang main basikal semua berhenti . Yang motor pun ada jugak lalu . Ayah sound orang yang langgar tu . Aku nak je maki tapi tak boleh . Hingus tidak membenarkan aku berbuat sebegitu . Aku melalak gegila la masa tu . Nak je aku langgar palotak dia . Dia kata nak cepat . Nak cepat pun tak payah lah  bawak macam jalan ni kau je sorang yang pakai . Kau langgar kucing baru .. Kalau budak-budak yang kena macam mana ? Kena gantung kau ! Yeke ? -.- Whatever . Ibu bawak cangkul suruh orang tu tanam . Aku tak tengok pun . Baru je tadi dia elok main-main dengan adik dia dengan mak angkat dia . Baru semalam dari hari kejadian dia spend time dengan aku . Sampai sekarang aku menyampah ngan orang yang bawak tu . Tolong lah . Bukan kau sorang je yang hidup kat atas Bumi ni . Tolonglah sedar bukan kau sorang je yang ada kereta . Tolonglah sedar bukan kau sorang je pakai kereta atas jalan . Tolonglah sedar bukan kau sorang  yang nak cepat . Tolonglah sedar ! Eee benci !! Huh .

So disini aku mahu mengingatkan , drive carefully . Fikir orang sekeliling kau . Kau accident bukan kau sorang je yang tanggung . Tu , orang yang uruskan kau tu takde kerja lain ke selain nak kutip daging-2 kau kat atas jalan ? Tu kalau kau yang berkecai . Tak kira kereta lagi . Kalau kau cedera , ambulan yang datang tu risiko jugak kena bawak laju-laju . Ayaya . Tu ... Yang kau langgar tu . Kau ingat daun kering ? Apa-2 yang hidup tu bernyawa . Eh memanglah kan . Kau tak tau ke yang bernyawa tu nak hidup panjang jugak ? Mana otak ? Tertinggal kat belakang masa kau bawak kereta laju-lajukah ? Lol . Ada akal , fikir . Jangan nak ber'siiot' kat atas jalan . Kbai     
Oh , by the way , kat bawah ni lah Joyah . Masa ni dia kurus sebab ada baby lagi .

Joyah




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

I'm overwhelmed.

source: google image/tumblr


Overwhelmed lah sangat kan . Menyakitkan hati je . Tolonglah tuan puan sekalian , kalau tak reti nak tepati janji tu , tak yah lah gatai beno nak berjanji . Macam hok hek kau tau ! Stress . Naik darah sampai ke otak dibuatnya . Aku sensitif kau tau . Sensitivity aku tersangatlah tinggi . Tapi ego aku tak setinggi kau . Susah sangat nak mintak maaf . Nak menyalahkan aku lah tu ! Allah .. Sabar je lahhh hati den . Aku belajar sekolah menengah dulu ciri - ciri orang munafik :
Hadith: 
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah)
1 .Apabila dipercayai ia khianat
2. apabila bercakap ia berdusta
3.apabila berjanji ia mungkir 
4.apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran.

Dan sekarang aku sangat malas untuk percaya dengan kau dah . Maaf (pfft) -.-




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

sumber : Google Image

Ayayaya .. Okay . Hari ni tak tau kenapa dengan aku . Tiba-tiba rasa sangat berani untuk sesuatu benda yang dah basi . hahaha . Apakah ? Sebenarnya ... Nak cakap macam mana ye ? Nak pendekkan cerita tak reti . Try ... try .. Okay , aku ada krisis dengan kawan baik sendiri dari tingkatan 2-3 macam tu . Masa sekolah dulu terfikir jugak macam mana nak terangkan kat dia . Aku tak jamin boleh cakap kat dia depan-depan. Woo .. menjerut leher oi . Salah satu reason aku nak sangat habis sekolah , benda ni lah . Salah satu ye , yang lain tak payah nak sebut sangatlah kan . boo . Then di halaman burung wiwit ( twitter) tadi , aku dengan beraninya buat confession dengan dia . Nak jadi apa , jadilah . Dengan lafaz bismillahirahmanirahim , aku type apa yang aku nak tahu . Tapi .. padam balik . macam tak sesuai . Buat malu aku je .. Buat yang ke berapa kali entah , dari limit 140 aksara dalam direct message twitter tu , 44 aksara je yang dia baca . Apa pahal pun aku dah lepas step 1 . Dari situ , bebel bebel , terbukak lah pulak cerita lama pasal pergaduhan (actually persefahaman yang boo gitu .. k k .. salah faham maksud aku) dengan kawan baik yang lagi satu . Perempuan . Aku tahu dia tak salah apa-apa . Dia mangsa keadaan . Cuma yang aku tak sangka dan tak boleh terima untuk 20 saat , kawan baik sekolah rendah aku cerita yang bukan-bukan . Well , taktahu okay mana satu yang betul . Aku tak marah . Aku tak pernah marah orang kutuk aku . Kisah apa aku . Kutuk la asalkan pahala aku masuk . Wakaka . Tapi jangan tuduh aku . Tu aje . Kau tuduh - tuduh meyusahkan aku lebih . Nak makan pun tak kenyang tau ? K gedik . Apapun , walaupun tak pasti yang mana satu yang betul pada pihak sana , aku maafkan je la . Mana tahu salah dengar ke salah cerita ke salah orang ke kan . Kisah . Yang penting sekarang aku dengan diaorang semua dah baik . Alhamdulillah .
Al-kisahnya bebelan ini , dalam berkawan memang banyak ragamnya . Memang kadang-kadang ada je yang bengkek . Kadang-kadang tersasar perasaan . Amboii , nyah ! K serius . Kadang-kadang iri hati . Nama pun manusia . That is fitrah . Kena terima je lah sebab ketika penduduk Bumi dan bukannya dengan alien . We have to accept that . Sebenarnya Allah ciptakan manusia dengan berbagai ragam , tapi masing-masing ada kelebihan . Dan benda-benda tu yang buat hari-hari kite terisi . Haaa .. Kalau takde kenangan bercampur (pahit , manis , suam ,panas , sejuk) , orang hidup dalam kebosanan dan kemurungan . Macam takda life gitu . Alhamdulillah . Dia kembalikan apa yang aku lepaskan dulu :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

FRIENDS

SUMBER : MYFACEBOOK

FATIKHAH RAMLI @ FAIEZ

Alright , seperti nama di atas , budak ni agak sama perangai dengan aku . Masing-masing taknak kalah . Kadang-2 buat blur . Tipu lah kalau berkawan semuanya sweet aje . Tipuu man , tipu ! Ada . Aku selalu gaduh dengan dia and that's it . Kadang-2 dia givap , kadang-2 aku givap , kadang-kadang baik sendiri . Hehe . Semua tetiba je ! Aku kenal dia time tingkatan 2 kalau tak silap . Kenal camtu je la . Tak rapat . Start rapat time form 4 . Start gaduh2 time form 5 . Well , kepala membesar . haha :P Entah . Gaduh pun paling lama dua minggu . Pastu , ah malas lah gaduh . Susah nak cakap , nak mengusik . Selalunya aku lah yang selalu mulakan dulu . Dan aku tak boleh bagitau sebabnye apa . Biar aku je yang tahu . muahaha c(: 
Dah cuti ni . Rasa rindu pulak kat dia . Keh Keh . Rindu nak tengok makanan habis in a blink of eye ! Rindu nak panggil nama dia lemak . Haha . Dia tak gemuk pun . Makan je banyak ! Rindu nak tengok dia usha muazin dia . Haha . Rindu nak tengok dia kurang asam dengan aku . Rindu ! Tapi tapi .. Aku rindu Putri jugak .

PUTRI NAJWA @ PUT

Dia ni susah sikit nak cakap . Kenal dari form 1 . Aku baca balik 'diary' (kind of diary tapi bukan diary) , aku kenal dia time waktu rehat . Aisha Akmal ( childhood aku ) ada ramai member . Aku ni pulak jenis macam tak pandai berkawan . Orang nak kawan dengan aku baru aku berkawan . Masa rehat tu Aisha ajak makan dekat lega bestari (kantin 2 la konon) . Aku tengok ramai budak perempuan . 5 orang kalau tak silap . Fatin Syahirah , Fatin Athirah , Aqilah , Ainal , Putri . First aku nampak siapa ? Tak nampak sebab rabun . hahaha . Aisha cakap dorang semua classmate kita and aku macam : oh yeke ? Sumpah time tu aku tak perasan . Actually tak berapa ingat lah citer ni . Malas bukak 'diary' . Tapi aku start rapat dengan put bila aku sedar dia se-Otak dengan aku . Otak kartun . Tapi dia lagi kuat imaginasi . Tapi dia lagi pandai . Dan tapi lagi dia suka kaitkan kartun-2 dalam real life .Kadang-kadang lawak .  Kadang2 rasa nak lempang . Aku selalu jujur je dengan dia . Bila aku cakap aku nak lempang dia ke apa ke , dia gelak . Tapi kan kalau dia tak ada mood , aku tarik diri . Tak gelak langsung . Aku yang hari kejadian ditakdirkan happy boleh bertukar jadi hari berkabung sedunia . Boring tak ada Putri . Again , tipu la kalau tak ada gaduh dengan dia . Ada . Tapi tak boleh lama . Sehari je . Dan tetiba baik pada hari yang sama . Aku banyak merajuk dengan dia tapi dia tak layan . Lama-lama aku tak kisah . Haha . Yela . Sape yang rajin layan rajuk orang kan ? Mengada lah tu .  

NUR DALILA @ DAL

Haaa dia ni kegemaran kitaorang . hahahahaha . Jahat .  Tapi betul la . Hehehehe . Kalau mereka-mereka ni baca fahamlah dorang . Selalu kena buli tapi tak sedar yang dia dibuli . Dan dia selalu cakap : la korang buli aku ke ? ( tu pun kalau aku cakap perkara yang sebenar . haha ) . Soalan dia tu sebenarnya dalam percubaan untuk mengenakan kitaorg balik tapi selalu tak jadi . Kadang-kadang bersifat sangat serius yang tak menjadi , dan akhirnya menjadi bahan ketawa aku dengan putri . Put kata annoying . Nasib baik dal jenis open minded . Tak kisah apa orang nak kata kat dia . Dia ni jugak pandai Kimia . Kami panggil dia anak makcik Kimia . Kami tak tau nama mak cik yang jaga lab chemist . Tapi makcik tu peramah . Sama dengan dal . Hahahaha . Bak eng aku ni .. Haish .. Okay . Aku selalu share pape pun dengan dalila . Kenal masa form 3 tapi rapat macam mana , aku tak sedar . Dia ni senang di suruh . Tak reti nak bantah . Sampai dia tak sedar sebenarnye aku buli dia . haha . Dan selalu buat aku jealous dengan akhlak terpuji dia tu . huhuhu . 

NAJWA AMIRAH @ WAWA 

Wawa ni aku mula bercakap start tahun lepas . Aku ngan wawa agak *krik krik* sikit sebab wawa tak faham dengan lawak aku . Ye lawak ke tak , eh ? Hahah . Aku pun tak tahu . Kalau aku usik sikit wawa mesti marah . Ala bukan marah betul pun . Manja2 gitu . Ahh ,wawa ! Kau bermanja dengan anak manja tahu tak ! haha . Sebenarnye aku tak banyak cakap dengan wawa . Kami rapat tapi tu la . Senyap je . Dah lah aku tak reti nak membuka bicara . Wah , gitu ! 

Apa pun , all the memories will never disappear kecuali aku 'kong' . Haha . Baru sekarang aku sedar , perangai kawan yang lain-lain ni saling melengkapi . Perangai lain-lain ni jugaklah yang mematangkan kita . Perkara kecik yang nak dibesar-besarkan pun kita fikir dua tiga kali . Well , think before you act . Sama la dengan berkawan .  

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

What What What .


WHEN IN PRESCHOOL :

Teacher : What do you wanna be when you grow up?
Me : A teacher .

IN PRIMARY SCHOOL :

Teacher : What is your ambition ?
Me : A singer .

IN HIGH SCHOOL :

Teacher : Tell me your ambition .
Me: A veterinarian .

IN COLLEGE :
They'll never ask again and I think it is sort of freedom to me .I don't have to think any job but I do have to think about the future . And it's quite tough for me . Yea , I'm quite lazy to think . pfft .


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

FRIENDS

sumber : google image / tumblr





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen