Online Diary AZU ❤: Sun Halo Phenomenon

Nuffnang Ads

Sun Halo Phenomenon



Setelah lama tak membebel , harini baru ada time nak membebel sorang - sorang disini . lol .

Hari Jumaat , 28 September 2012 .
Lepas lega keluar dari makmal Kimia , ramai budak -  budak semua bersepah kat depan kelas . Mula - mula kitaorang yang baru keluar makmal ni tak tahu apa pun . Masing - masing menguap keluar dari makmal . Fikir nak masuk kelas je . ANd then aku pun jalan masuk dalam kelas . Pandang luar , apasal budak ni ( budak Cina bernama Yee Wui Meng ; budak kelas aku jugak ) dongak - dongak ? Aku dengan kawan aku ni, Putri , gelak - gelak kan dia . Mana taknya , macam batak tengok langit je -.- And then kawan aku lagi seorang ni , Dal nickname nya , cakap dorang tgk benda bulat warna warni kat atas . Hah ? Apa maksud dia ni . Mula-mula aku tak tanya Dal apa maksud bulat -bulat tu sebab kitaorang tak berapa baik mase tu . Heh heh . Ah tak kira ! 

Aku tanya : Benda bulat - bulat ? Benda apa ? 

Dia : Alaa warna - warni tu . 

Aku : Wuarghh ? Dorang lukis ke apa ?

Dia : takk ... uhh ... 

Put : Kat langit la Zu .. Pelangi ..

Aku : Hah ? Yeka ? Pelangi pun tak pernah tengok ke Meng ni -.- *Pandang luar*

Put : Pelangi dia bulat ..

Aku : Ehh ?! Jom tengok !

Put : Jom !

Keluarla kitaorang dengan jayanya . Aku tengok atas . Fweshh ! Menusuk mata ! Tanya jap dengan penolong ketua kelas yang cute , Mire' . Beliau kata ada lingkaran hitam . Pulak ? Apa yang aku nampak tadi tengah - tengah dia matahari , keliling bulat dia warna -2 pelangi , dalam bulat tu warna gelap sikit . Seram pun ada . Betul - betul atas kepala kitaorang . Masing - masing fikir 'pasal tu' . Yeke masing -2 ? Haha . Aku sorang je kot ! 

sumber : google image



Yang sebenarnyaaa ,

Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. 
http://akubiomed.com/fenomena-sun-halo-halo-matahari/#ixzz28VbViIlw


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

Nak satu comment .. Haha

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen